.

Khamis, 21 Ogos 2014

Iklan Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Iklan Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Pembantu Kemahiran Gred H17 - 3 kekosongan

Syarat Lantikan

(i)     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred H17 RM1,318.42.00); atau

(ii)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred H17 RM1,318.42.00);

dan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Pengalaman

Bagi jawatan 1b (i) & (ii) calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2)
bidang Perkayuan dan asas kemahiran ketukangan kayu/ pemesinan kayu/
pembuatan perabot/ seni halus/ ukiran kayu/ rekabentuk perabot atau pengalaman
yang berkaitan adalah diutamakan;

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan atas talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (www.frim.gov.my).

Tarikh Tutup Permohonan : 2 September 2014 (Selasa)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan