.

Selasa, 21 Ogos 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Jawatan Kosong Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

Bil
Jawatan
Gred
1
Pegawai Tadbir
N52
2
Pegawai Tadbir
N48
3
Pegawai Tadbir
N44
4
Penolong Pegawai Tadbir
N27
5
Setiausaha Pejabat
N27
6
Juruteknologi Pergigian
U29
7
Jururawat Pergigian
U29
8
Pembantu Tadbir Kewangan
W22
9
Pembantu Perpustakaan
S17
10
Pembantu Tadbir Kewangan
W17
11
Pengawal Keselamatan
KP11

Taraf Jawatan -   Semua jawatan akan dilantik secara Tetap/ Kontrak/ Sementara/ Sambilan.

Umur - Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

Cara Memohon
i.      Bagi semua permohonan jawatan, segala maklumat boleh didapati melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat:  http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan  resume anda secara online.

ii.     Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga :-
a)     Kad Pengenalan / Pasport
b)     Sijil –sijil Akademik (UPSR/ PMR/ SPM/ STPM/ Sijil/ Diploma/Sarjana Muda/ Sarjana/ Ph.D)
c)     Sijil –sijil Ko-kurikulum
d)     Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemas kini (bagi penjawat awam)
e)     Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini (bagi penjawat awam)
f)     Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta)
g)     Salinan slip gaji terakhir

iii.     Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan :   1 September 2012.